huh..
sy bkn la manusia yg sempurna..
sy pn x tahu di mana kedudukan marauah sy..
tp ape yg sy tahu mnsia hrs lah mnjge maruah dri mrka..
apatah lg wanita...
jwb soalan sy..
adakah menjerit sekuat hati menunjukkan anda seorg yg bmaruah???
adkh makan berdiri/bjln/berjoget menunjukkan anda seorg yg bmaruah??
adkh ketawa hinggakan dri jarak sebatu pn bleh didengari menunjukkan anda seorg yg bmaruah???
adkh menyerahkan dri anda kpd seorg lelaki menunjukkan anda seorg yg bmaruah????
adkh aksi manja anda yg btjuan utk menarik prhatian sang adam menunujukkan anda seorg bmruah???
adkh dgn bmekap smpai menukar wajah anda menunjukkan anda seorg yg bmaruah???
adkh anda fikir dgn mmpnyai seorg tmn lelaki menunjukkan anda seorg yg bmaruah???
adkh dgn mas kahwin yg bernilai juta-jutaan ringgit atau hinggakan berbillion menunjukkan anda bmaruah???
renung-renungkanlah...
suara wanita itu aurat.. lantang bila perlu, bg menegakkan agama, bkn nye mengumpat sana-sini...
mkn dgn tertib... duduk ble minum...
kwl volume suara anda... ske berpada-pada...
jgn mudah menyerah diri kpd lelaki.. biar dikatakan jual mahal.. hnye suami berhak ke atas sang hawa...
manja biarlah bertempat... bkn dgn sang buaya darat... yg sentiasa bsedia menikam mgsanya...
mekap hanyalah sementara.. kecantikan sebenar lbh bhrga dgn hnye air wuduk...
anda mempunyai seorg teman lelaki menunjukkan maruah anda lebih rendah dan anda seorang yg terlalu murah...
mas kahwin yg terlalu tggi nilai nya hingga menyebabkan bkl pengantin lelaki terseksa mencari wang menunjukkan maruah anda rendah.. sdgkan mas kahwin fatimah hanyalah bju perang saidina ali...
sy tahu sy bkn nyer seorg yg sempurna dan maruah sy tidak lah setinggi mne..
tp ape yg bleh sy kongsikan... dikongsi bersama..
sy bkn seorg yg maksum..
hidup sy jg sentiasa dibelenggu dosa...
sekadar berkongsi...
renung-renungkan...
Thursday, February 19, 2009
maruah??? dijaga atau x??
Posted by
Anonymous
at
10:11 PM
0
comments
Friday, February 13, 2009
velentime day's..
Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...
petikan ILUVISLAM
Posted by
آل فقير لله محمد القادر
at
11:47 PM
0
comments
azab meninggalkan solat..
Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :
· Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).
Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
· Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
· Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
· Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka jahanam.
Posted by
آل فقير لله محمد القادر
at
10:57 PM
0
comments