- Semoga hari ini lebih baik,
- daripada hari ini dan semalam.
- Semoga kita beroleh kekuatan menghadapi cabaran yang semakin hebat ketika ini.
- Semoga setiap amal kebaikan kita mendapat keberkatan-Nya.
- Semoga kita tidak lalai menunaikan tanggungjawab terhadap-Nya.
- Semoga kita tidak hanyut dalam syurga duniawi.
- Semoga kita sentiasa mengingati akhirat.
- Semoga kita hidup aman damai di bumi bertuah ini.
- Semoga kita saling menyayangi dan menghormati sesama makhluk kerana kita semua adalah hamba-Nya.
- Semoga kita saling memaafkan dan menerima kesilapan sebagai pengajaran.
- Semoga doa dan harapan kita menjadi kenyataan.
Aminn...
No comments:
Post a Comment