hari ini terdetik hatiku untuk menulis satu nasihat dan peringatan kepada kaum hawa terutamanya..aku bukanlah seorang ustaz/ustazah..bukan juga seorang yang alik lagi warak. tapi sebagai hamba Allah, terdetik hati ini untuk sama-sama memperingati diantara satu sama lain.
Dalam masyarakat sekarang ini, sering aku lihat wanita(kaum hawa) berpakaian..tetapi tidak mengikut syarak yang dikehendaki dalam islam. contohnya, sudah baiknya memakai pakaian lengan panjang, tetapi tidak bertudung pulak. sudah baiknya memakai tudung cantik-cantik tetapi berpakaian lengan pendek pula. agaknya sudah menjadi trend masyarakat kita pada hari ini untuk berpakaian seperti begitu. ada pula yang sudah menutup semua aurat, tetapi berpakaian ketat pula! ada pula yang sudah berpakaian menutup aurat dan berpakaian labuh, tetapi tanpa mereka sedari mereka tetap melakukan dosa iaitu dengan menyelak tudung mereka ke leher sehingga menampakkan bentuk dada(buah dada) yaini mahkota berharga bagi seorang wanita(kaum hawa)..
sebagai muslimah, kita perlulah mengikut syarat yang telah diletakkan dalam Islam.. Dengan itu InsyAllah, kita akan dirahmati oleh Allah S.W.T. disamping dapat menghindari daripada melakukan perbuatan maksiat dan mendapat dosa yang 'sia-sia'! ketahuilah kamu(kaum hawa), bahawa apabila kamu berpakaian yang mencolok mata yaini (kaum adam) sedang mengata yang benar (mengutuk) tentang kamu dari belakang sedang mereka(kaum adam) rapat dengan kamu pada semasanya. kamu sendiri membuatkan diri kamu di kata (kaum adam) dan menjadi simbol(perhatian) kepada lelaki(kaum adam).
Oleh itu, marilah sama-sama(kaum hawa) kita mengambil tindakan membaiki diri kita yang senang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa tanpa kita sedari. Jangan kamu memandang remeh, sedang di akhirat nanti, kamu bertanya kepada-Nya "kenapa aku dimasukkan ke neraka sedang aku melaksanakan perintah yang Engkau suruhi?" ditakut nanti, kita dijawab " engkau melaksanakan perintah-Ku, tapi tidak meninggalkan larangan-Ku!" Wallahualam...
jangan dilihat dosa kecil,
sebagai perkara biasa,
takut nanti disana,
kita diseksa luar biasa,
hanya kerana??
PERKARA BIASA..
JIKA ADA SALAH DAN SILAP AMPUN MAAF DIPINTA..
YANG BAIKNYA ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT,
YANG BURUKNYA ITU DATANGNYA DARIPADA KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI.
WASALAM..
Tuesday, May 20, 2008
aurat perempuan
Posted by
آل فقير لله محمد القادر
at
7:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bt0l2....
stuju r....
Post a Comment