Sunday, December 28, 2008

surat dari penjaga makam nabi Muhammad s.a.w??

salam..

apa yang hendak disampaikan sekadar perkongsian saya sebagai saudara islam..
hari nie sy lihat ramai yang suka forward msg2 yang berbaur tidak benar.. atau dengan bahasa ICT nya, spammer! bagi mereka yang luas pengetahuan dalam ICT atau suka membaca, mungkin mereka sudah mengetahui tentang kesahihah surat dari penjara makam nabi Muhammad s.a.w.,
tapi bagi mereka yang tidak mengetahuinya akan menghantar seberapa banyak msg itu kerana takut akan bala Allah!!

ini adalah benar...
sila baca sehingga habis...
dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islamyg boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat daripenjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepasmembaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAWlalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman initiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islamini supaya membuat kebajikan,kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di manabintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini danbeliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, diakemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalamperniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidakmengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerimawasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan danmenghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telahmendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.
4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsungdipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupamencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telahmenyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannyakepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri KabinetPerdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percayaakan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiatini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliaumembuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah diadianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntutoleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dariorang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakanianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yangmembacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil danpenderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi dihospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringatakan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulahbeliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidakmempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan danmenyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dariYANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengannikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetakdan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan olehALLah.kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar,biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dansyafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetakdan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu andaakan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas danjanganlah diabaikan atau dibiarkan TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM....SEBAR KAN 20WASIAT NI KPD UMAT ISLAM... "TOLONGLAH BERTAUBAT WAHAI UMAT ISLAM DISELURUHDUNIA...


hmmm..sekali baca, rase gak cam benarkan?? dan takut gak dengan bala Allah kalu xforward. jadi sebagai langkah keselamatan, kita pun forward jela..

ermm.. kebenarannya..

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

ermm..saya dapat makluman ini semasa meneroka dunia internet..dan terdetiklah untuk sampaikan pada hari ini..sebenarnya dah lama, tapi br skg saya terima lagi msg seumpama begitu..jadi, teringatlah kembali.. kita sebagai umat Islam, septtnya lbh berjaga-jaga dalam menyampaikan dakwah.. takut2, terbalik kepada kita diakhirat nnt..

waallahualam..


-Allah itu Maha berkuasa atas tiap2 sesuatu..apabila Dia kehendaki sesuatu maka terjadilah ia..tanpa perlu menurunkan 'wahyu' kepada penjaga makam nabi Muhammad s.a.w. -

No comments: